26 asnaf terima daging korban

26 asnaf terima daging korban

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Seramai 26 orang asnaf fakir miskin sekitar Kampung Kilanas hari ini menerima agihan daging korban sempena Hari Raya Aidiladha anjuran ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kilanas.

Tahun ini, sebanyak tujuh ekor kerbau telah ditumbangkan yang berlangsung di Masjid Kampung Kilanas dan hadir menyampaikan agihan daging korban tersebut ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof.

Antara tujuan ia diadakan adalah bagi menyemarakkan Hari Raya Korban di samping bertujuan untuk menggalakkan penduduk kampung dan jemaah Masjid Kampung Kilanas mengerjakan ibadah sunat korban sebagaimana yang dianjurkan dalam agama Islam.

Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz ketika menyampaikan agihan daging korban kepada salah seorang penerima.
Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz ketika menyampaikan agihan daging korban kepada salah seorang penerima.

pg05_160915_f

Selain itu, ia juga dapat memupuk semangat bergotong-royong dan kerjasama serta perpaduan dalam mengungkayahkan perlaksanaan pengagihan daging-daging korban.

Daging-daging korban ini turut diagihkan kepada ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kilanas, ahli jawatankuasa kerja majlis ibadah korban dan orang ramai yang hadir semasa majlis tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA