26 hari hilang di laut akhirnya ditemui

26 hari hilang di laut akhirnya ditemui

MAJURO, Pulau Marshall, 5 Mei (AFP) – Empat lelaki telah diselamatkan selepas menghabiskan hampir satu bulan terapung-apung di Pasifik dengan hanya memakan ikan setelah bot mereka ditiup oleh ribut sehingga terpesong dari arah perjalanan mereka.

Lelaki berkenaan, disahkan berada dalam keadaan sihat ketika tiba di Pulau Marshall, diturunkan di ibu negeri Majuro oleh sebuah kapal pukat tunda nelayan yang menemui bot kecil mereka beberapa ratus kilometer dari selatan bandar.

Tatika Ukenio, Boiti Tetinauiko, Bonibai Akau dan Moamoa Kamwea memberitahu pegawai mereka meninggalkan rumah mereka di Kiribati, sebuah negara pulau yang terletak lebih daripada 650 kilometer dari Marshalls, pada 23 Mac.

Walaupun butir-butir pengalaman pahit mereka masih tidak jelas, mereka ditiup ribut sehingga terpesong dari arah perjalanannya dan mematikan enjin mereka selepas itu untuk menjimatkan minyak dan mulai terapung-apung. Mereka bertahan dengan menangkap ikan dengan peralatan yang ada di dalam bot sebelum terjumpa kapal milik Taiwan ‘Koo’s 102’ pada 18 April.

Pelayar (dari kiri ke kanan) Moamoa Kamwea, Tatika Ukenio, Bonibai Akau dan Boiti Tetinauiko dari negara Pasifik di Kiribati - yang telah menghabiskan 26 hari di Pasifik - semasa berada hospital Majuro selepas diselamatkan dan dibawa ke Kepulauan Marshall Rabu lalu. – AFP
Pelayar (dari kiri ke kanan) Moamoa Kamwea, Tatika Ukenio, Bonibai Akau dan Boiti Tetinauiko dari negara Pasifik di Kiribati – yang telah menghabiskan 26 hari di Pasifik – semasa berada hospital Majuro selepas diselamatkan dan dibawa ke Kepulauan Marshall Rabu lalu. – AFP

Apabila mangsa ternampak kapal pukat tunda, mereka mempunyai minyak yang cukup untuk menghampiri kapal berkenaan dan menarik perhatian krew dalam kapal. Wakil Koo’s Fishing Company Orlando Paul berkata lelaki berkenaan berada dalam keadaan “sihat” selepas diambil, maka kapal pukat tunda meneruskan ekspedisi penangkapan ikan mereka sebelum kembali ke Majuro pada Rabu.

Lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Majuro, di mana doktor berkata mereka sihat. Mereka sedang tinggal di Tempat Peranginan Marshall Islands sementara kementerian luar negeri dan Pertubuhan Penghijrahan Antarabangsa mengatur kepulangan mereka ke Kiribati, dijangka pada Ahad.

Kisah epic mangsa yang hidup adalah perkara biasa di utara Pasifik, di mana pulau kecil dipisahkan oleh lautan yang luas terbentang. Sebuah kapal pukat tunda Koo’s lain berjaya menyelamatkan tiga mangsa Mexico yang hilang di laut selama sembilan bulan pada 2006.

Pada Januari 2014, nelayan Salvador Jose Alvarenga dihanyutkan di Marshalls, lebih 13 bulan selepas beliau bertolak dari pantai barat Maxico bersama seorang teman, yang meninggal dunia ketika pelayaran.