26 maut selepas minum arak buatan sendiri

26 maut selepas minum arak buatan sendiri

JAKARTA, 8 Feb – Seramai 26 penduduk maut mati selepas minum sejenis arak buatan sendiri di tengah Jawa, demikian menurut polis hari ini.

Pegawai penyiasat berkata, kebanyakan daripada mangsa meninggal dunia selepas minum arak buatan sendiri oleh satu pasangan suami isteri di Bandar Sleman, utara Yogyakarta.

“Kebanyakan mereka adalah pelajar,” kata Ketua Polis Bandar Sleman, Yulianto.

Kematian pertama dilaporkan Rabu lalu disusuli beberapa lagi kematian mangsa selepas itu.

Polis sudah menahan pasangan berkenaan yang menjual minuman mengandungi campuran ethanol, air dan buah-buahan yang dipercayai sudah menyebabkan 22 kematian.

Empat lagi mangsa juga maut selepas mengambil arak yang dijual oleh seorang penjual lain yang turut ditahan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA