26 negara Afrika meterai TFTA

26 negara Afrika meterai TFTA

SHARM-EL-SHEIKH, Mesir, 11 Jun (Agensi) – Perwakilan dari 26 buah negara Afrika yang menjangkaui dari Mesir ke Afrika Selatan menandatangani perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Tiga Pihak (TFTA) untuk mewujudkan pasaran sama yang meliputi separuh benua.

Perjanjian dicapai di kalangan anggota gabungan tiga separa serantau – Komuniti Pembangunan Afrika Selatan (SADC), Pasaran Sama Bagi Afrika Timur dan Barat(COMESA) dan Komuniti Afrika Timur (EAC) dalam rundingan terakhir di Laut Merah Mesir minggu ini dan ditandatangani semalam.

Perjanjian itu menyepadukan tiga gabungan dagangan yang sedia ada yang negara-negaranya mempunyai gabungan Penghasilan Kasar Dalam Negeri (GDP) lebih satu trilion dolar Amerika Syarikat dan gabungan penduduk kira-kira 625 juta orang. Negara anggota TFTA merupakan 58 peratus jumlah Keluara Dalam Negara Kasara (KDNK) Afrika.

Pengerusi COMESA yang juga Perdana Menteri Habsyah Hailemariam Dessalegn berkata perjanjian itu akan membolehkan Afrika untuk mencapai integrasi ekonomi benua dan membina kapasiti dalam pelbagai sektor.

Perjanjian itu juga akan menyumbang kepada keamanan dan kestabilan Afrika, teknologi komunikasi maklumat (ICT), infrastruktur dan membantu menarik pelaburan langsung asing (FDI).

Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi (tengah) turut menghadiri sesi tertutup kemuncak COMESA di Sharm el-Sheikh bersama-sama Presiden Zimbabwe Robert Mugabe (kiri) dan Perdana Menteri Habsyah Hailemariam Desalegn (kanan). Gambar dirakam pada 10 Jun 2015. – AFP
Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi (tengah) turut menghadiri sesi tertutup kemuncak COMESA di Sharm el-Sheikh bersama-sama Presiden Zimbabwe Robert Mugabe (kiri) dan Perdana Menteri Habsyah Hailemariam Desalegn (kanan). Gambar dirakam pada 10 Jun 2015. – AFP

Untuk menguatkuasakan perjanjian, badan perundangan negara-negara yang menandatangani perjanjian itu mesti mengesahkannya dalam tempoh dua tahun. perjanjian itu akan berkuat kuasa sebaik saja pengesahan diperolehi oleh dua pertiga dari 26 buah negara.

Keputusan untuk mempunyai TFTA ini dibuat selepas majoriti Anggota Tiga Pihak/Negara Rakan membuat tawaran tarif tinggi dan bersetuju dengan Peraturan Asal digunakan pada peraturan sementara usaha seterusnya diteruskan berhubung Peraturan Asal produk tertentu.