26 pegawai sertai Kursus Pegawai Staf Rendah

26 pegawai sertai Kursus Pegawai Staf Rendah

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Seramai 26 pegawai memulakan Kursus Pegawai Staf Rendah 2015 selama 14 minggu, dengan majlis perasmian yang berlangsung di Bangunan Maktab Turus, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Perkhemahan Sungai Akar, hari ini.

Perasmian kursus berkenaan telah disempurnakan oleh Pemerintah Tentera Diraja Brunei, Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, para peserta kursus terdiri daripada 19 pegawai dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), seorang pegawai dari Pasukan Polis Diraja Brunei serta enam pegawai tentera dari Republik Indonesia, Malaysia, Republik Filipina, Republik Singapura, Thailand dan Republik Sosialis Vietnam.

Kursus yang dikendalikan oleh Pusat Kepimpinan dan Pengurusan, Akademi Pertahanan ABDB ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kepimpinan dan pengurusan, kemahiran berkomunikasi dan profesionalisme peserta kursus dalam memenuhi tanggungjawab mereka sebagai pegawai staf.

Ia merupakan kursus mandatori bagi pegawai-pegawai ABDB dan salah satu kriteria untuk kenaikan pangkat kapten kepada mejar.

Seorang pegawai sedang menyampaikan ucapan.
Seorang pegawai sedang menyampaikan ucapan.
Peserta kursus bergambar ramai.
Peserta kursus bergambar ramai.

ARTIKEL YANG SAMA