26 pelajar Politeknik kunjungi TelBru

26 pelajar Politeknik kunjungi TelBru

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April – Rombongan seramai 26 pelajar dari Politeknik Brunei, Kampus Lumut dengan diiringi pensyarah-pensyarah mereka, telah mengadakan lawatan ke Stesen Kabel Bawah Laut TelBru di Tungku, semalam.

Menurut kenyataan TelBru, rombongan berkenaan terdiri daripada pelajar Tahun 1 Program Kejuruteraan Telekomunikasi dan Sistem.Objektif lawatan adalah untuk mempelajari lebih lanjut mengenai peranan dan fungsi stesen kabel bawah laut dan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kabel-kabel dan sambungan antarabangsa TelBru.

Kabel Bawah Laut Tungku merupakan kabel telekomunikasi antarabangsa pertama di Brunei, yang diwujudkan pada 28 April 1982. Ia merupakan pintu masuk antarabangsa bagi Brunei, yang beroperasi dengan International ISP, dan stesen pendaratan bagi kabel-kabel antarabangsa.

Semasa lawatan itu, para pelajar telah dibawa meninjau unit-unit pengendalian termasuk operasi dan penyelenggaraan pintu-pintu masuk antarabangsa, serta mendengar taklimat mengenai fungsi-fungsi peralatan yang terlibat dalam proses berkenaan.

Gambar ramai pelajar Politeknik Brunei bersama kakitangan Stesen Kabel Bawah Laut TelBru.
Gambar ramai pelajar Politeknik Brunei bersama kakitangan Stesen Kabel Bawah Laut TelBru.

ARTIKEL YANG SAMA