26 terkorban dalam satu kemalangan bas

26 terkorban dalam satu kemalangan bas

TAIPEI, 19 Julai – Sebuah bas Taiwan yang membawa pelancong dari tanah besar China terlibat dalam kemalangan dan didapati terbakar hari ini berdekatan ibu negeri Taipei, mengorbankan 26 penumpang di dalamnya.

Rakaman media setempat menunjukkan bas tersebut melanggar pagar lebuh raya dengan api sudah membara di hadapan bas berkenaan. Ia kemudian diselubungi asap tebal dengan api yang meninggalkan kesan hangus di tepi jalan.

Sekumpulan pelancong seramai 24 orang itu, lapan lelaki dan 16 wanita, adalah dari bandar timur laut China, Dalian, menurut kementerian dalam Taiwan.

Seorang pemandu Taiwan dan seorang pemandu pelancong yang warganegaranya belum dipastikan juga disahkan terkorban.

Bas tersebut sedang dalam perjalanan menuju lapangan terbang Taoyuan bagi mengakhiri percutian.

Kumpulan tersebut dijadualkan untuk mengambil penerbangan balik 4:30 petang ke Dalian selepas tiba di Taiwan pada Selasa lepas. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA