26 warga Iran maut dalam nahas bas

26 warga Iran maut dalam nahas bas

TEHRAN, 9 Nov – Kira-kira 26 jemaah Syiah yang menuju ke Iraq telah terkorban dan 28 lagi cedera dalam kemalangan bas di selatan Iran, lapor agensi berita ISNA hari ini.

Bas yang membawa jemaah itu menuju ke bandar suci Karbala untuk menandakan festival Arbaeen, apabila breknya gagal berfungsi dan terbalik pada malam kelmarin.

Kira-kira 2.5 juta warga Iran dijangka berada di Karbala bulan ini bagi Arbaeen, yang menandakan hari ke-40 selepas kematian Imam Hussein pada abad ke-7, salah seorang tokoh penting dalam kepercayaan Syiah.

Dianggarkan 16,000 orang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Iran dalam tahun ini hingga Mac 2016. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA