266 pelajar khatam Al-Quran

266 pelajar khatam Al-Quran

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 9 Nov – Majlis Khatam Al-Quran bagi peserta Program Satu Minggu Satu Juzuk telah diteruskan lagi bagi seramai 266 orang murid dari 20 buah sekolah agama bagi Kawasan Tutong Fasa II yang diadakan di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Kemasyarakatan Daerah Tutong, petang tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Setiausaha Tetap II di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan bin Haji Taja’ah dan isteri.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh tetamu kehormat dan seterusnya diikuti dengan bacaan Surah Ad-Duha hingga Surah Al-Masad oleh para peserta khatam. Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil khatam kepada para peserta oleh tetamu kehormat majlis.

Peserta-peserta Program Satu Minggu Satu Juzuk ini diraikan setelah berjaya menghabiskan bacaan 30 Juzuk Al-Quran semenjak program ini mula diperkenalkan pada Februari tahun ini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap II, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap II, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Semasa majlis khatam dijalankan di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Kemasyarakatan Daerah Tutong.
Semasa majlis khatam dijalankan di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Kemasyarakatan Daerah Tutong.
Para pelajar perempuan yang menyertai majlis khatam.
Para pelajar perempuan yang menyertai majlis khatam.

Sepanjang program dijalankan, murid-murid persekolahan agama yang mengikuti program ini dibimbing secara bertalaqqi oleh guru kelas dan guru Al-Quran sekolah agama dengan menyasarkan penglibatan pembacaan Al-Quran oleh murid-murid secara konsisten dan berterusan pada setiap hari selepas waktu persekolahan.

Program Satu Minggu Satu Juzuk diadakan bagi mendokong dan menjunjung tinggi hasrat titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang mana pendidikan agama khususnya Al-Quran peringkat asas perlu dititikberatkan agar ia kukuh dan mantap.

ARTIKEL YANG SAMA