27 keluarga d...

27 keluarga di kampung Rukom Ulu, Pitas dipindahkan

PITAS, 4 Jan – Sebanyak 27 keluarga di Kampung Rukom Ulu, dekat sini dipindahkan selepas kampung itu dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Muliadi Al-Hamdi Ladin berkata semua mangsa yang terdiri daripada 25 lelaki, 27 wanita, 42 kanak-kanak lelaki dan 41 kanak-kanak perempuan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Rukom kira-kira 12:45 tengah hari tadi.

Beliau berkata sembilan lagi kampung di kawasan berkenaan turut dinaiki air berikutan bacaan paras air di Sungai Kebatasan dan Sungai Bengkoka berhampiran kampung berkenaan mula melimpah serta berada pada paras bahaya ekoran hujan berterusan sejak 10 malam tadi.

Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Bolkiah Ismail beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir ketika melakukan lawatan di Pusat Penempatan Sekolah Kebangsaan Rukom kelmarin. – Bernama
Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Bolkiah Ismail beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir ketika melakukan lawatan di Pusat Penempatan Sekolah Kebangsaan Rukom kelmarin. – Bernama

“Sungai Kebatasan berada pada paras 6.15 meter (m), melebihi tahap paras bahaya enam meter; manakala Sungai Bengkoka menunjukkan bacaan empat meter iaitu pada paras bahaya.

“Kampung yang terlibat ialah Kampung Bilangau Besar, Kampung Sinasak Batu, Kampung Sibaung, Kampung Kusilad, Kampung Pandan Mendamai, Kampung Salimpodon Darat, Kampung Pinggan-Pinggan, Kampung Indah dan Kampung Dandun,” katanya dalam kenyataan di sini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA