27 maut kemalangan bas, kereta api di Mesir

27 maut kemalangan bas, kereta api di Mesir

KAHERAH, 8 Sept – Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam kemalangan bas dan lima orang meninggal dunia apabila kereta api tergelincir dalam dua kemalangan berasingan di selatan Kaherah kelmarin semasa perjalanan musim percutian yang sibuk.

Bas yang malang itu bertembung dengan sebuah trak di wilayah barat daya Wedi El-Gedid, kata kementerian kesihatan Mesir. Bilangan penumpang di dalam bas tersebut belum jelas.

Kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di Mesir, di mana banyak jalan raya di negara itu tidak diselenggarakan dengan baik dan peraturan penguatkuasan yang longgar.

Kereta api, membawa kira-kira 60 penumpang, tergelincir dari landasan selepas meninggalkan Kaherah untuk menuju selatan bandar Aswan, kata polis dan pegawai perubatan.

Warga Mesir memeriksa bangkai kereta api selepas tergelincir berhampiran perkampungan Al-Ayyat di Giza, pinggir selatan ibu negara Kaherah, Rabu lalu. - AFP
Warga Mesir memeriksa bangkai kereta api selepas tergelincir berhampiran perkampungan Al-Ayyat di Giza, pinggir selatan ibu negara Kaherah, Rabu lalu. – AFP

Konduktor kereta api berkenaan menekan brek apabila dia ternampak masalah trek berkenaan, menyebabkan tiga gerabak terbalik berhampiran perkampungan Al-Ayyat, kata pegawai.

Dua puluh tujuh penumpang turut cedera, dengan kecederaan seperti tercalar hinggalah patah tulang, kata kementerian kesihatan.

Jalan raya dan kereta api Mesir menjadi lebih sibuk sebelum cuti umum negara itu, seperti perayaan Aidil Adha pada minggu depan, apabila orang yang bekerja di Kaherah dan bandar-bandar utama yang lain pulang ke kampung-kampung halaman mereka. – AFP