27 militan terbunuh, serangan udara Afganistan

27 militan terbunuh, serangan udara Afganistan

KABUL, Afghanistan, 10 Feb – Seramai 27 militan telah terbunuh dalam tempoh beberapa hari di timur Afghanistan, kata Kementerian Pertahanan negara kelmarin. “Semalam, berdasarkan satu maklumat, tentera udara Tentera Negara Afghan (ANA) melancarkan serangan udara ke atas kedudukan militan di daerah Gomal di timur wilayah Paktika, membunuh 17 pengganas Taliban dan memusnahkan sebutir bom kereta di tempat persembunyian,” kata kementerian dalam satu kenyataan.

Kakitangan tentera juga membunuh 10 militan Daesh ketika satu serangan darat di daerah Rodat wilayah Nangarhar pada hari yang sama, menurut kenyataan.

Tentera juga merampas lima senapang automatik AK-47, dua mesingan, pelancar roket dan radio telekomunikasi selepas operasi.

Tidak ada anggota keselamatan yang cedera ketika serangan, tambah kenyataan. Kumpulan militan masih belum membuat komen.

Dalam satu kejadian yang tidak berkaitan, seorang pegawai kesihatan ditembak dan cedera selepas lelaki bersenjata menembak kenderaannya di bandar Khost, ibu negeri wilayah timur Khost, sebelumnya kelmarin.

“Mohammad Hashim Sayyedi, ketua jabatan kesihatan wilayah Khost, mengalami kecederaan akibat serangan yang berlaku berhampiran pejabatnya pada pagi. Namun Sayyedi tidak mengalami kecederaan serius,” beritahu Mohammed Mubariz Zadran, jurucakap gabernor wilayah, kepada Xinhua. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA