27 Okt selesai pertikaian Kuwait – OIC

27 Okt selesai pertikaian Kuwait – OIC

LAUSANNE, Switzerland, 14 Okt – Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) menetapkan tempoh akhir 27 Oktober bagi penyelesaian pertikaian yang menjurus kepada penggantungan Kuwait daripada badan Olimpik berkenaan.

Pegawai-pegawai Jawatankuasa Olimpik mengadakan mesyuarat di Lausanne Isnin lepas dengan delegasi tertinggi Kuwait untuk membincangan isu membabitkan undang-undang sukan di negara Teluk itu.

IOC berkata “semua pihak bersetuju untuk menghormati sepenuhnya serta mematuhi prinsip dan peraturan Perlembagaan Olimpik serta statut persekutuan antarabangsa.”

IOC berkata kumpulan kerja sudah ditubuhkan untuk menyelesaikan isu terbabit menjeolang 27 Oktober “ demi kepentingan Pergerakan Olimpik di Kuwait dan para atletnya.”

Kuwait digantung oleh IOC selama lebih dua tahun tetapi ditarik semula pada 2012 berikutan jaminan bahawa undang-undang baru sukan akan dilaksanakan. – Agensi