27 pegawai jalani kursus CSC

27 pegawai jalani kursus CSC

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Seramai 27 pegawai memulakan Kursus Pemerintahan dan Staf (CSC) 2016 dengan majlis perasmian kursus yang berlangsung di Auditorium Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kampung Tanah Jambu, hari ini.

Para pegawai berkenaan merangkumi 14 dari ABDB, seorang dari Pasukan Polis Diraja Brunei dan 12 lagi merupakan pegawai tentera dari Republik Rakyat Bangladesh, Republik Rakyat China, Republik India, Republik Islam Pakistan, Republik Filipina, Republik Singapura, Thailand, dan Amerika Syarikat.

Hadir menyempurnakan perasmian kursus ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Turut hadir ialah komander / komandan perkhidmatan, para pengarah dan wakil-wakil dari atase pertahanan negara yang ikut serta.

Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih dalam ucapannya antara lain berkata, menerusi kursus berkenaan para pegawai akan dapat berinteraksi sekali gus mewujudkan hubungan yang lebih erat dalam kalangan mereka.

SONY DSC

Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih ketika menyampaikan ucapan di majlis berkenaan.
Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih ketika menyampaikan ucapan di majlis berkenaan.
Antara yang hadir di majlis perasmian tersebut.
Antara yang hadir di majlis perasmian tersebut.
Sesi bergambar ramai peserta-peserta kursus CSC bersama Pemerintah ABDB.
Sesi bergambar ramai peserta-peserta kursus CSC bersama Pemerintah ABDB.

“Ia membolehkan pemahaman bersama dan perkongsian yang berkesan dalam gabungan. Pada masa yang sama, ini pasti akan berguna bagi semua orang, walaupun selepas kursus berakhir tatkala anda memulakan perjalanan yang seterusnya sebagai pegawai tentera kanan organisasi dan negara masing-masing,” tambah beliau.

Kursus berkenaan merupakan program 40 minggu peringkat pasca siswazah yang dikendalikan dengan kerjasama New Zealand’s Massey University, yang bertanggungjawab untuk menyampaikan komponen akademik kursus ‘Tri-Service’.

Ia antara lain bertujuan untuk meluaskan pengetahuan profesional dan akademik di samping membangunkan kemahiran arahan, analisis dan komunikasi pegawai peringkat pertengahan untuk mempersiapkan mereka bagi pelantikan ke jawatan lebih tinggi.

Pelajar yang berjaya dalam kursus itu akan dianugerahkan kelulusan tentera ‘passed Staff College’ (Bersama) dan juga Diploma Lepasan Ijazah dalam Keselamatan Antarabangsa dengan pilihan untuk melanjutkan ijazah Sarjana bagi pelajar yang paling berkebolehan.

ARTIKEL YANG SAMA