27 pelajar cemerlang terima hadiah

27 pelajar cemerlang terima hadiah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 29 Nov – Seramai 27 orang murid telah menerima hadiah bagi pelajar-pelajar cemerlang dan seterusnya menerima hadiah galakan bagi pelajar-pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 yang diadakan di Sekolah Chung Hwa Kiudang, Tutong.

Hadir menyampaikan hadiah ialah Guru Besar Sekolah Chung Hwa Kiudang, Leong Yueh Moi.

Terdahulu, Guru Besar Sekolah berkenaan menyampaikan ucapan dan berharap semua murid di sekolah berkenaan akan sentiasa berjaya dalam semua subjek dan berharap ibu bapa akan dapat memantau pembelajaran anak-anak selain mengharapkan guru-guru yang mengajar anak mereka di sekolah berkenaan.

Acara penyampaian hadiah merupakan salah satu acara tahunan sekolah berkenaan bagi menghargai dan menggalakkan pelajar Sekolah Chung Hwa Kiudang agar sentiasa belajar dengan tekun dan memperolehi kejayaan di masa akan datang.

Gambar ramai murid-murid yang menerima hadiah pelajar cemerlang di Sekolah Chung Hwa Kiudang, Tutong bersama Guru Besar sekolah berkenaan.
Gambar ramai murid-murid yang menerima hadiah pelajar cemerlang di Sekolah Chung Hwa Kiudang, Tutong bersama Guru Besar sekolah berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA