27 pelajar sertai majlis khatam Al-Quran

27 pelajar sertai majlis khatam Al-Quran

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 5 Sept – Seramai 27 orang pelajar Darjah 6, Sekolah Ugama Sengkarai yang terdiri daripada 15 lelaki dan 12 perempuan telah menyertai majlis khatam Al-Quran di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu khas ialah Ketua Belia dan Sukan cawangan Daerah Tutong, Awang Kamil bin Lamat dan turut dihadiri oleh Pengerusi majlis khatam Al-Quran tersebut, Hajah Siti Arbi binti Haji Libut.

Adapun tujuan majlis itu diadakan adalah bagi memberi dorongan dan galakan kepada pelajar berkenaan untuk terus berusaha mempelajari, menghayati dan menghabiskan bacaan Al-Quran sehingga 30 juz sebelum mereka menamatkan persekolahan agama mereka selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara para pelajar, ibu bapa dan guru di sekolah itu.

Majlis khatam Al-Quran yang disertai oleh seramai 27 orang pelajar dari Sekolah Ugama Sengkarai, Tutong.
Majlis khatam Al-Quran yang disertai oleh seramai 27 orang pelajar dari Sekolah Ugama Sengkarai, Tutong.
Hajah Siti Arbi ketika menyampaikan cenderahati kepada Awang Kamil.
Hajah Siti Arbi ketika menyampaikan cenderahati kepada Awang Kamil.

ARTIKEL YANG SAMA