27 peserta hadiri bengkel CSPS

27 peserta hadiri bengkel CSPS

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Pusat Penyelidikan Strategik dan Dasar (CSPS), hari ini, telah memulakan bengkel pertama bagi Siri Bengkel Pembangunan Eksekutif dalam Pandangan Strategik dan Perancangan Strategik.

Siri berkenaan merangkumi tiga bengkel yang akan berlangsung dari November 2016 hingga Mac 2017 iaitu Bengkel Pandangan Strategik dan Penelitian Perspektif (Horizon Scanning), Perancangan Strategik menggunakan Pemikiran Sistem dan Pembelajaran dan Penilaian Tindakan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, bengkel pertama yang berlangsung selama dua hari hingga esok itu memperkenalkan peserta kepada alat dan metode pandangan strategik dan direka untuk meletakkan asas bagi perspektif dan pendekatan pandangan strategik yang menyokong pembuatan dasar dan perancangan strategik bagi mewujudkan masa depan lebih bijak.

Berdasarkan pengalaman dan wawasan organisasi mereka, para peserta menguji senario-senario menggunakan metode-metode masa depan.

Profesor Sohail Inayatullah ketika memberi penerangan semasa bengkel tersebut.
Profesor Sohail Inayatullah ketika memberi penerangan semasa bengkel tersebut.
Gambar ramai bersama dengan peserta dan fasilitator CSPS.
Gambar ramai bersama dengan peserta dan fasilitator CSPS.

Alat-alat yang dipelajari daripada bengkel berkenaan digunakan untuk mewujudkan masa depan yang diingini untuk organisasi-organisasi, yang membentuk asas bagi bengkel kedua dalam perancangan strategik.

Seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai peringkat pertengahan dan tinggi dari sektor awam dan swasta, termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Institut Perkhidmatan Awam, MOC Sdn Bhd dan SprintVille Technologies.

Bengkel tersebut dimudah carakan oleh pakar-pakar antarabangsa dan tempatan dan Pandangan Strategik, Penelitian Perspektif dan Perancangan Strategik, iaitu Pengerusi Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) dalam Pengajian Masa Depan, Profesor Sohail Inayatullah; Dr. Jose Ramos dari Action Foresight, Australia; Stephen Lin dari Pusat Haines bagi Pengurusan Strategik, Singapura; Dr. Ivana Milojevic, dari Metafuture Australia dan CSPS; Dr. Diana Cheong, Dr. Sophiana Chua Abdullah and Yuzilawati Abdullah dari CSPS.

ARTIKEL YANG SAMA