27 seniman India maut dalam nahas bas

27 seniman India maut dalam nahas bas

NEW DELHI, 18 April (AFP)– Kira-kira 27 seniman persembahan pentas, seorang daripadanya kanak-kanak, terkorban apabila bas mereka terjunam ke gaung curam di timur India, menurut polis hari ini.

Rombongan seramai 40 orang itu telah kembali daripada membuat persembahan lewat kelmarin apabila bas mereka tergelincir di luar jalan berbukit dan masuk ke gaung setinggi 76 meter di daerah negeri Odisha, Deogarh.

“Seramai 27 orang maut dan sekitar 11 lagi cedera,” kata Sarah Sharma, superintenden polis Deogarh memberitahu AFP. “Salah seorang yang maut itu adalah kanak-kanak.”

Satu siasatan telah diarahkan, namun Sharma mengatakan pemandu bagi kenderaan sewa itu kelihatannya telah mengambil lencongan terlalu cepat. Pekerja kecemasan telah menggunakan tali untuk menarik orang yang cedera dari gaung.

Kemalangan lalu lintas yang membawa maut itu perkara biasa terjadi di India, yang memiliki beberapa jalan paling maut di dunia dengan lebih daripada 200,000 kematian setiap tahun, menurut Persatuan Kesihatan Sedunia.

ARTIKEL YANG SAMA