27 tamat Bengkel 3P

27 tamat Bengkel 3P

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 29 Sept – Seramai 27 orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan Penjara dan agensi-agensi pemulihan di negara ini telah menamatkan Bengkel Pengukuhan Program Pemulihan (3P) dan menerima sijil masing-masing pada majlis penutup di Dewan Jongsarat, Kompleks Pusat Latihan, Jabatan Penjara, hari ini.

Bengkel yang diadakan selama sembilan hari, bermula 19 September lalu itu telah melibatkan tiga peserta bengkel dari cawangan-cawangan Pusat Tahanan Polis Tentera, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB); dua orang dari Unit Tahanan dan Pemulihan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri; tiga orang dari Pusat Al-Islah; empat orang dari Kompleks Rumah Kebajikan, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM); dua orang dari Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Syariah; tiga orang dari Bahagian Penyebaran Dakwah, Pusat Dakwah Islamiah dan 10 orang dari Institusi Penjara-penjara, Jabatan Penjara.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan sijil kepada peserta bengkel ialah Pemangku Pengarah Penjara, Poh Eng Hua selaku wakil timbalan setiausaha tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Turut hadir ialah Komandan Pusat Latihan, Jabatan Penjara, Pemangku Penguasa Penjara Haji Saini binti Haji Maidin, ketua-ketua jabatan dan ketua bahagian jabatan dan agensi pemulihan di Negara Brunei Darussalam.

Poh Eng Hua ketika menyampaikan sijil kepada kaunselor yang mengendalikan Bengkel 3P.
Poh Eng Hua ketika menyampaikan sijil kepada kaunselor yang mengendalikan Bengkel 3P.
Poh Eng Hua menyampaikan sijil kepada para peserta bengkel.
Poh Eng Hua menyampaikan sijil kepada para peserta bengkel.

Bengkel kali keempat ini telah memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi idea dan maklumat dengan peserta jabatan dan agensi-agensi pemulihan yang lain mengenai kaedah terbaik dalam program pemulihan dan mendatangkan kesan positif serta manfaat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan semua pihak dalam mening-katkan kerjasama bagi menangani isu-isu gejala sosial masa kini sejajar dengan Wawasan 2035.

Selain itu, bengkel ini juga dapat meningkatkan kerjasama dan rangkaian kerja bersama jabatan dan agensi pemulihan di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA