27 terima sijil tamat bengkel CSPS

27 terima sijil tamat bengkel CSPS

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Seramai 27 orang peserta telah berjaya menamatkan siri bengkel Pembangunan Eksekutif dalam Pandangan Strategik dan Perancangan Strategik anjuran Pusat Penyelidikan Strategik dan Dasar (CSPS) dan menerima sijil masing-masing, semalam.

Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif CSPS, Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, maklum balas daripada para peserta adalah sangat positif.

Salah seorang peserta memberi komen bahawa bengkel berkenaan sangat baik dan ia setentunya akan membantunya dalam tugasannya bagi pelan strategik mereka seterusnya yang telah dimulakan baru-baru ini.

Haji Mohd Rozan ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta bengkel.
Haji Mohd Rozan ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta bengkel.

Seorang lagi berkata bahawa beliau mendapati bengkel tersebut sangat berguna kerana ia memperkenalkan pelbagai alat untuk memformulasikan strategi-strategi secara berstruktur dan cara untuk mengujinya adalah dengan cara mencabar anggapan-anggapan dan kepenti-ngan dalam melibatkan stakeholder secara kolaborasi.

Ramai peserta mencadangkan pegawai peringkat pengurusan atasan menghadiri siri bengkel berkenaan, terutamanya mereka yang terlibat dalam pembangunan perancangan strategik dan perancangan.

Para peserta dijangka menghadiri bahagian kedua dan ketiga siri bengkel berkenaan bertajuk ‘Strategic Planning Using Systems Thinking’ dan ‘Action Learning and Evaluation’ yang masing-masing akan diadakan awal tahun depan.

ARTIKEL YANG SAMA