2,700 penghijrah diselamatkan

2,700 penghijrah diselamatkan

ROME, 16 Julai – Kira-kira 2,700 penghijrah telah diselamatkan kelmarin di luar pesisiran pantai Itali, tatkala Eropah bergelut untuk menyelesaikan kemasukan yang banyak dari seluruh Mediterranean.

Para penghijrah telah diselamatkan dalam 13 operasi berbeza berdekatan Sicily tatkala mereka belayar menuju Eropah mengikuti bot getah, kata pengawal pantai dalam satu keterangan.

Lima daripada bot penghijrah telah diselamatkan oleh Bourbon Argos – Kapal Doktor Tanpa Sempadan (MSF) dan dua lagi diselamatkan oleh kapal tentera Jerman Werra.

Kira-kira 75,000 penghijrah tiba ke pantai Itali sejak permulaan tahun ini, berbanding 64,000 ketika enam bulan pertama pada 2014.

Organisasi Antarabangsa bagi Penghijrah berkata baru-baru ini kira-kira 150,000 penghijrah dan pelarian telah membuat perjalanan berbahaya merentasi Mediterranean ke Eropah setakat tahun ini, dan lebih dari 1,900 daripada mereka telah terkorban. – AFP

Para penghijrah bersedia untuk turun dari kapal selepas diselamatkan. – Reuters
Para penghijrah bersedia untuk turun dari kapal selepas diselamatkan. – Reuters