275 tentera AS akan ditugaskan sementara di Filipina

275 tentera AS akan ditugaskan sementara di Filipina

MANILA, 14 April (AFP) – Amerika Syarikat mengatakan hari ini ia telah melancarkan rondaan Laut China Selatan bersama Filipina dan akan mengerahkan sementara 275 tentera dan lima pesawat perang di negara itu, bagi meningkatkan kehadirannya di tengah-tengah pertikaian wilayah dengan China.

“Di Laut China Selatan, tindakan China umumnya menyebabkan kebimbangan dan meningkatkan ketegangan serantau,” kata Setiausaha Pertahanan, Ashton Carter semasa lawatan ke Manila.

Rondaan tentera laut bersama, yang bermula bulan lalu, “menyumbang kepada keselamatan dan sekuriti perairan rantau itu,” kata Carter selepas mesyuarat bersama Presiden Filipina Benigno Aquino.

China mendakwa hampir kebanyakan laut strategik dan kaya mineral itu, dan telah membina pulau tiruan yang juga didakwa oleh negara-negara jiran lainnya termasuk Filipina untuk menguatkuasakan kedaulatannya, sementara itu menolak arbitrasi antarabangsa.