275kg syabu dirampas, 8 didakwa

275kg syabu dirampas, 8 didakwa

MELBOURNE, 4 Julai – Lapan orang didakwa hari ini berhubung perampasan 275 kilogram syabu, yang ditemui di Melbourne, bandar Australia, yang dikatakan rampasan dadah terbesar di negara itu.

Seorang lelaki warga Malaysia dan tujuh lelaki warga Australia didakwa atas kesalahan dadah selepas pihak berkuasa menemui syabu yang disembunyikan di bawah papan lantai dalam tiga buah kontena kapal. Pihak polis berupaya melakukan tangkapan dadah selepas mengawasi penghantaran kontena kapal menuju sebuah kilang di Melbourne.

Tangkapan dadah itu adalah hasil dari penyiasatan empat bulan ke atas kumpulan jenayah pengimportan dadah Melbourne oleh Pasukan Khas Bersama Jenayah Victoria, Kastam Australia dan para pegawai dari Polis Persekutuan Australia (AFP) dan Polis Victoria. Menurut polis dadah itu mempunyai nilai pasaran gelap AS$206 juta.

Menurut polis, kesemua tertuduh berusia antara 24 dan 34, telah didakwa atas kesalahan mengimport dan menyeludup dadah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA