28 jarum tertanam dalam badan budak

28 jarum tertanam dalam badan budak

5-tahunMAKASSAR, 17 November 2011 – Doktor di timur Indonesia mengeluarkan 28 jarum yang ditanam dalam kaki dan belakang seorang budak perempuan yang berusia tiga tahun dalam kes mengerikan yang dipersalahkan penduduk dan pegawai kerana ilmu sihir.

Doktor di Makassar, Pulau Sulawesi sudah mengeluarkan lebih dua dozen jarum berkarat sepanjang 10 sentimeter selain jarum suntikan yang patah dan rod aluminium daripada kaki budak berkenaan sebelum mengeluarkan jarum yang mengundang bahaya tertanam dekat tulang belakangnya.

“Budak itu dalam proses untuk sembuh daripada pembedahan dan secara umumnya dalam keadaan sihat. Beliau sudah mula bermain semula,” kata pakar bedah kanak-kanak berkenaan, Kamaruddin.

Ujian x-ray menunjukkan objek asing dalam kaki dan belakang budak berkenaan, sekali gus mengundang syak dalam kalangan penduduk tempatan bahawa ia dimasukkan secara sihir.

Gabenor Wilayah Sulawesi Selatan, Syahrul Yasin Limpo, melawat mangsa dan berkata bahawa beliau percaya ia adalah kerja mereka yang melakukan sihir.

“Percaya atau tidak, di Sulawesi Selatan perkara-perkara sebegini tidak mustahil berlaku,” ujar Syahrul.

“Kita kerap mendengar mengenai orang yang mengadu kepalanya tiba-tiba lembik dan pihak perubatan tidak tahu apa puncanya. Ia dinamakan sihir dan ia sudah dijelaskan dalam Al-Quran.”

Menurut doktor, parut pada kaki budak itu menunjukkan jarum-jarum itu ditanam oleh seseorang dalam tempoh enam bulan. Ibu bapa budak berkenaan tidak tahu bagaimana jarum-jarum itu boleh berada dalam kaki anak mereka.