28 keluarga hilang tempat

28 keluarga hilang tempat

SARIKEI, 8 Julai – Sebanyak 28 daripada 32 keluarga dari Rumah Gadum di Jalan Ulu Bayong, 21 kilometer dari sini, hilang tempat tinggal selepas rumah panjang mereka musnah dijilat api malam tadi.

Pihak Bomba dan Penyelamat Sarikei yang menerima panggilan kebakaran itu pada 7.03 malam menghantar sebuah jentera dengan tujuh anggota yang diketuai Pegawai Bomba Unjah Janggau ke lokasi.

Mereka yang tiba di rumah panjang itu pada 7.35 malam berjaya mengawal kebakaran kira-kira sejam kemudian.

Hanya empat daripada 32 pintu rumah panjang kekal dua tingkat itu dapat diselamatkan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran masih disasat. – Bernama