28 kesalahan lalu lintas dicatat

28 kesalahan lalu lintas dicatat

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Dalam usaha mengurangkan kemalangan dan meningkatkan keselamatan jalan raya terutamanya pada penggal cuti persekolahan, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas Pasukan Polis Diraja Brunei mengadakan sekatan jalan di tiga buah kawasan di Daerah Brunei dan Muara, hari ini.

Operasi dijalankan di Jalan Tanjong Bunut, Jalan Penghubung Lebuh raya Rimba menghala ke Lambak (Terunjing) serta Jalan Mengkubau telah mencatatkan 28 kesalahan.

Di Tanjung Bunut, sebanyak 15 kesalahan lalu lintas dikesan yang mana 14 merupakan kes kompaun dan satu kes doket iaitu kesalahan memandu dengan cukai jalan yang mansuh. Antara kesalahan lain yang dicatatkan di sana ialah plat lesen yang menyalahi undang-undang.

Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu lintas, Pasukan Polis Diraja Brunei hari ini menjalankan operasi sekatan jalan raya di tiga kawasan di Daerah Brunei dan Muara yang berjaya mengesan 28 kesalahan lalu lintas.
Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu lintas, Pasukan Polis Diraja Brunei hari ini menjalankan operasi sekatan jalan raya di tiga kawasan di Daerah Brunei dan Muara yang berjaya mengesan 28 kesalahan lalu lintas.

Manakala lima kes kompaun dikeluarkan di Jalan Penghubung Lebuh raya Rimba menghala ke Lambak (Terunjing) serta lima lagi kes kompaun dan tiga kes doket berkaitan cukai jalan mansuh dikesan di Jalan Mengkubau.

Kes kesalahan kompaun dikenakan denda sebanyak $50 manakala kes doket dibawa ke mahkamah untuk tindakan seterusnya.

ARTIKEL YANG SAMA