28 orang tamat latihan pengawal keselamatan

28 orang tamat latihan pengawal keselamatan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Seramai 28 orang ahli baru Sekolah Latihan Pengawal Keselamatan (KOPRI) bagi Siri 05/2016 dan Siri 06/2016, menamatkan Latihan Asas Pengawal Am Keselamatan mereka, kelmarin.

Majlis tamat kursus yang berlangsung di Koperasi Rimbun Berhad (KOPRI) itu diselajurkan dengan majlis penyampaian sijil yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KOPRI, Dato Seri Paduka Haji Abdul Rahman bin Haji Awang Besar.

Daripada jumlah tersebut, seramai 22 orang ahli baru lelaki dan enam orang ahli baru wanita telah menamatkan latihan mereka yang berasal dari Daerah Brunei-Muara dan Daerah Tutong.

Gambar ramai ahli baru KOPRI bersanma tetamu kehormat pada majlis itu.
Gambar ramai ahli baru KOPRI bersanma tetamu kehormat pada majlis itu.

Antara lain tujuan kursus itu ialah untuk mengetahui mengenai tugas dan tanggungjawab selaku pengawal keselamatan selain mengetahui tindakan yang patut dibuat, di samping memberi ilmu pengetahuan mengenai tugas dan tanggungjawab setelah mereka ditugaskan ke pos kawalan masing-masing.

Sepanjang kursus itu, mereka telah dibimbing oleh pesara-pesara dari Polis Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

ARTIKEL YANG SAMA