28 pelanggan bertuah dipilih

28 pelanggan bertuah dipilih

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Pengedar sulung minuman tenaga Red Bull di Negara Brunei Darussalam, Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd telah membuat undian bagi memilih 28 pelanggan untuk Cabutan Mingguan Kedua, Peraduan Teka dan Menang Red Bull.

Undian telah diadakan di Ibu Pejabat Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, di Perindustrian Beribi di mana seorang pengamal media telah dijemput untuk membuat cabutan sebanyak 28 keping borang cabutan bertuah.

Cabutan berkenaan adalah untuk acara cabutan mingguan kedua bagi peraduan tersebut yang akan diadakan esok (2 Disember) di Pasar Raya Utama Grand, The Mall, Gadong.

Bagi cabutan bertuah pusingan mingguan ini, tiga orang akan mendapat hadiah utama berupa baucar beli-belah bernilai $50, tiga akan mendapat hadiah pertama berupa baucar Secret Recipe bernilai $30, 12 orang akan memenangi sepasang tiket wayang bernilai $16 dan 10 orang yang lainnya akan membawa pulang Red Bull Less Sugar pek 12s bernilai $10.

Wakil media dijemput untuk membuat cabutan bagi memilih 28 pelanggan bertuah.
Wakil media dijemput untuk membuat cabutan bagi memilih 28 pelanggan bertuah.

Peraduan Teka dan Menang Red Bull telah bermula dari 1 November lalu dan akan berlangsung hingga 15 Januari 2017 di mana sepanjang peraduan lapan cabutan mingguan akan diadakan dengan cabutan hadiah utama peraduan akan diadakan semasa Pesta Pengguna di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas pada 22 Januari 2017.

Dalam cabutan utama, pemenang bertuah berpeluang membawa pulang dua hadiah utama iaitu tiket penerbangan bernilai $2,000 setiap satu dan tiga hadiah pertama berupa tiket penerbangan bernilai $1,600 setiap satu.

ARTIKEL YANG SAMA