28 pelanggan bertuah terima hadiah

28 pelanggan bertuah terima hadiah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Seramai 28 orang pelanggan bertuah menerima hadiah mereka dalam Cabutan Mingguan Pertama, Peraduan Teka dan Menang Red Bull yang berlangsung di Pasar Raya Sim Kim Huat Department Store, Airport Mall, Berakas, hari ini.

Hadir untuk membuat cabutan bagi hadiah utama dalam cabutan mingguan berkenaan dan seterusnya menyampaikan hadiah ialah Pengurus Besar Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Valentine Hon. Turut hadir ialah Kevin Robin Jon dan kakitangan Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd.

Dalam cabutan bertuah mingguan berkenaan, tiga orang pemenang bertuah yang membawa pulang baucar membeli-belah pasar raya bernilai $50 ialah Tatang, Eko Rudianto dan Dayang Nur Salihah binti Haji Yusof.

Sementara itu, tiga orang pemenang bertuah yang membawa pulang baucar Secret Recipe bernilai $30 ialah Awang Mohamad bin Bidin, Dayang Norhani binti Haji Wahab dan Awangku Muhd Hanif Waie bin Pengiran Emran.

Manakala itu, 12 orang pemenang bertuah membawa pulang hadiah berupa dua keping tiket wayang setiap seorang dan 10 orang pemenang lagi membawa pulang 12 tin minuman Red Bull Kurang Gula setiap seorang.

Valentine Hon menyampaikan hadiah kepada Dayang Nur Salihah.
Valentine Hon menyampaikan hadiah kepada Dayang Nur Salihah.
Valentine Hon bergambar ramai dengan para pemenang bertuah dalam cabutan mingguan pertama Peraduan Teka dan Menang Red Bull.
Valentine Hon bergambar ramai dengan para pemenang bertuah dalam cabutan mingguan pertama Peraduan Teka dan Menang Red Bull.

Valentine Hon di majlis itu, berkata bahawa penyertaan dalam peraduan teka dan menang itu adalah mudah sahaja di mana mereka hanya perlu membeli mana-mana minuman tenaga Red Bull dan melekatkan pembuka tin pada borang penyertaan yang dimasukkan ke dalam kotak peraduan yang terletak di pasar-pasar raya utama dan kedai runcit di seluruh negara.

Peraduan Teka dan Menang Red Bull bermula dari 1 November hingga 15 Januari 2017 di mana sepanjang peraduan sebanyak lapan cabutan mingguan akan diadakan dengan cabutan hadiah utama peraduan akan diadakan semasa Pesta Pengguna di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas pada 22 Januari 2017.

Dalam cabutan utama peraduan berkenaan, pemenang bertuah boleh membawa pulang dua hadiah utama peraduan iaitu tiket penerbangan bernilai $2,000 setiap satu dan tiga hadiah pertama berupa tiket penerbangan bernilai $1,600 setiap satu.

Cabutan mingguan kedua bagi peraduan itu akan diadakan pada 2 Disember nanti di Pasar Raya Utama Grand, The Mall, Gadong.

ARTIKEL YANG SAMA