28 tahanan lepas dari penjara

28 tahanan lepas dari penjara

ILIGAN, Filipina, 28 Ogos – Pemberontak Islam telah melancarkan kejadian lari dari penjara di selatan Filipina, membebaskan 28 tahanan dalam kejadian melepaskan diri beramai-ramai yang terbaru, kata pegawai hari ini.

Kira-kira 50 anggota bersenjata kumpulan Maute, yang telah berjanji akan setia kepada kumpulan Negara Islam (IS), menggeledah penjara tempatan di bandar selatan Marawi semalam, membebaskan lapan rakan seperjuangan yang ditahan kurang seminggu lalu, kata polis.

Dua puluh banduan lain, ditahan atas kesalahan lain, juga melepaskan diri dalam serbuan itu, kata ketua polis wilayah Superintenden Senior Agustine Tello.

Anggota kumpulan Maute yang dibebaskan itu ditahan pada 22 Ogos selepas tentera yang mengendali tempat pemeriksaan tentera menemui bom dan pistol dalam van yang dipandu oleh mereka.

Kumpulan Maute adalah satu daripada beberapa geng Islam di selatan rantau Mindanao, negeri nenek moyang penduduk minoriti Islam di Filipina.

Gambar fail pada 23 Ogos 2016 menunjukkan askar Filipina mengiringi ahli kumpulan pelampau Maute Hassim Balawag Maute alias Apple Jehad ke kenderaan tentera di Marawi City di selatan Pulau Mindanao, sehari selepas ditahan di sebuah pusat pemeriksaan tentera. - AFP
Gambar fail pada 23 Ogos 2016 menunjukkan askar Filipina mengiringi ahli kumpulan pelampau Maute Hassim Balawag Maute alias Apple Jehad ke kenderaan tentera di Marawi City di selatan Pulau Mindanao, sehari selepas ditahan di sebuah pusat pemeriksaan tentera. – AFP

Kumpulan itu juga melancarkan penculikan dan pengeboman dan dipercayai telah memimpin satu serangan ke atas kota kara tentera di bandar Mindanao Butif pada Februari.

Pertempuran di sana berlangsung selama seminggu, meninggalkan banyak kematian dan memaksa berpuluh ribu orang melarikan diri dari rumah mereka tatkala helikopter penggempur bertempur menangkis penyerang.

Ketika pertempuran Butif, anggota kumpulan dilihat membawa bendera hitam kumpulan Islamic State, dan skarf bandana dengan lambang pejuang jihad ditemui di pangkalan mereka, kata tentera.

Pihak berkuasa berkata mereka sedang menyiasat sebab-sebab pengawal penjara tidak melawan dalam serbuan semalam atau kenapa keselamatan tidak dipertingkatkan selepas tersangka berisiko tinggi dibawa masuk. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA