28 terkorban dalam serangan IS

28 terkorban dalam serangan IS

SANAA, 30 Jun (AFP) – Kumpulan IS mengaku melakukan serangan ke atas dua pemimpin pemberontak Huthi di Sanaa semalam yang mana menurut ahli perubatan telah membunuh sekurang–kurangnya 28 orang, termasuk lapan wanita.

Serangan bom kereta itu menyasarkan adik-beradik ketua pemberontak Huthi, Faycal dan Hamid Jayache ketika satu perhimpunan bagi perkabungan ahli keluarga yang meninggal dunia, menurut satu sumber keselamatan.

Pemberontak Huthi menutup kawasan persekitaran di tengah bandar itu selepas serangan, hanya membenarkan masuk perkhidmatan kecemasan bagi memindahkan mangsa, kata saksi.

Dalam kenyataan yang disiarkan secara online, kumpulan IS berkata ia menganjurkan serangan ke atas apa yang digelar ‘sarang Syiah’ di ibu negara Yaman.

Pemisah kumpulan jihad Sunni menggambarkan Syiah mempunyai fahaman yang menyeleweng dan kerap menyasarkan mereka dalam beberapa serangan di beberapa buah negara.

Sebuah kereta remuk selepas serangan bom di ibu negeri Sanaa. – AFP
Sebuah kereta remuk selepas serangan bom di ibu negeri Sanaa. – AFP

Kejadian terakhir ini, serangan nekad oleh warga Arab Saudi pada Jumaat lalu di masjid Syiah di Kuwait, membunuh 26 orang dan mencederakan 227 yang lain.

Pihak IS mengaku melakukan serangan pengeboman kereta pada 20 Jun lalu ke atas masjid Syiah di Sanaa yang membunuh dua orang dan mencederakan 16 dan yang lain dalam beberapa serangan di ibu negara Yaman empat hari sebelumnya yang membunuh 31 orang.

Kumpulan Jihad, yang meraikan ulang tahun pertama pengisytiharannya terhadap “khalifah” di Iraq dan Syria semalam, meningkatkan serangan maut di Yaman sejak Mac.

Pemberontak Huthi yang disokong Iran telah merampas sebahagian dari Yaman sejak melancarkan serangan pada Julai 2014, memaksa Presiden Abedrabbo Mansour Hadi untuk meninggalkan negara itu.

Sama perbincangan damai di Geneva atau kempen udara yang diketuai Arab Saudi bermula pada Mac lalu mengetepikan mereka dari kuasa dan mereka masih berada dalam pertempuran bersama pejuang-pejuang pro kerajaan, suku kaum Sunni dan pemisah selatan.