284 mangsa banjir masih di pusat pemindahan

284 mangsa banjir masih di pusat pemindahan

KOTA KINABALU, 6 Julai (Bernama) – Seramai 284 orang mangsa banjir lumpur daripada 66 keluarga masih berada di pusat pemindahan Kem Bina Negara, Kundasang setakat 6 pagi tadi.

Dilaporkan keadaan banjir lumpur di Kundasang kian pulih, namun mangsa memilih untuk tinggal di pusat pemindahan kerana khuatir kejadian akan berulang.

Sementara itu Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata sebuah lori tangki air turut dihantar ke Hospital Ranau pada pukul 8 pagi tadi.