288 anggota ABDB terima pingat

288 anggota ABDB terima pingat

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 18 Dis – Seramai 288 orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang masih berkhidmat dan telah bersara telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menerima Anugerah Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik.

Sehubungan itu, Majlis Rasmi Penyampaian Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik (Tentera) telah diadakan di Padang Kawad Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison.

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian pingat-pingat ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd Tawih bin Abdullah.

Para penerima pingat terdiri daripada 20 orang pegawai dan 268 orang anggota berlainan peringkat daripada Pengambilan ke-78, 81, 97, 98, 99, 100, 101, Pengambilan Askar Muda ke-16, 17 dan Pengambilan Askar Wanita ke-23, 26, 29, 35, 36 dan 37.

Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih menerima tabik hormat di majlis itu.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih menerima tabik hormat di majlis itu.

Turut menerima pingat ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi) di Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Haji Mohammad Amirol Shahnoel bin Haji Mohammad Noeh.

Semasa menyampaikan ucapanya, Pemerintah ABDB menjelaskan bahawa pengurniaan anugerah itu merupakan penghormatan dan tanda penghargaan untuk mereka yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan telah mengekalkan tahap disiplin yang sangat tinggi dengan rekod perkhidmatan yang bersih dalam ABDB.

Yang Dimuliakan Pehin juga mengingatkan para anggotanya supaya mengekalkan tradisi ketenteraan dari aspek pelaksanaan, sense of belonging, setia kawan di samping mendukung falsafah Melayu Islam Beraja.

Penyampaian pingat kepada Askar Wanita.
Penyampaian pingat kepada Askar Wanita.
Turut menerima pingat ialah Kapten (B) Haji Mohammad Amirol Shahnoel.
Turut menerima pingat ialah Kapten (B) Haji Mohammad Amirol Shahnoel.
Antara Anggota ABDB yang menerima pingat Kerja Lama dan Perangai Baik (Tentera).
Antara Anggota ABDB yang menerima pingat Kerja Lama dan Perangai Baik (Tentera).

pg03_151119_e

Ini kerana, tambah beliau, perkara tersebut merupakan pemangkin kepada semangat juang, komitmen, patriotisme dan taat setia dalam mempertahankan kesucian agama, kedaulatan raja dan negara.

Dalam pada itu, beliau juga melahirkan harapan agar pengurniaan ini akan dapat menyemarakkan lagi azam, semangat dan iltizam untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dan dedikasi.

Penganugerahan pingat ini adalah sejajar dengan wawasan ABDB untuk meningkatkan lagi kualiti baik sumber manusia yang akan terus mengukuhkan keupayaan dan prestij angkatan tentera dan sentiasa siap sedia dalam menghadapi cabaran semasa, celik teknologi dan mempunyai kemahiran dalam pengurusan dan kepimpinan bermaklumat.

Sebagai institusi pertahanan, anugerah ini merupakan galakan kepada anggota tentera lain untuk terus berkhidmat secara profesional dan kecemerlangan khususnya bagi ABDB dan Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA