29 dikhuatiri mati pelantar minyak terbakar

29 dikhuatiri mati pelantar minyak terbakar

BAKU, 6 Dis – Syarikat tenaga negara Azeri, SOCAR hari ini mengatakan 29 pekerja hilang selepas pelantar minyak di Laut Caspian terbakar pada Jumaat, dikhuatiri mati dan Presiden Ilham Aliyev mengisytiharkan sehari perkabungan negara.

SOCAR mengatakan seorang pekerja terbunuh dan 33 lagi diselamatkan, daripada 62 orang yang pada asalnya berada di pelantar itu apabila kebakaran tercetus.

“Kami meneruskan operasi mencari dan menyelamat…kami menganggap mereka yang belum ditemui setakat ini hilang…kami percaya Tuhan membantu mereka, meskipun ia kemungkinan besar mustahil,” Timbalan Presiden Pertama SOCAR, Khosbakh Usifzade memberitahu satu sidang media.

Beliau menambah penyelamat sedang mencari tiga lagi pekerja yang hanyut ke dalam laut dalam satu lagi kemalangan di pelantar minyak lain pada Jumaat.

Imej pegun menunjukkan pelantar minyak terbakar di Lautan Caspian, Azerbaijan. Seorang pekerja ter-bunuh dan 30 yang lain masih hilang, menurut syarikat minyak itu, SOCAR. - Reuters
Imej pegun menunjukkan pelantar minyak terbakar di Lautan Caspian, Azerbaijan. Seorang pekerja ter-bunuh dan 30 yang lain masih hilang, menurut syarikat minyak itu, SOCAR. – Reuters

Menurutnya, kebakaran belum lagi dipadamkan sepenuhnya namun berharap ia akan reda pada akhir hari ini. Pengeluaran harian di pelantar itu adalah 920 ton minyak dan 1.08 juta kubik gas. “Ini merupakan angka kerugian pengeluaran setakat ini,” katanya.

Usifzade mengatakan syarikat akan mengkaji semula langkah-langkah keselamatannya di pelantar yang kebanyakannya dibina dalam zaman Soviet. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA