29 jurulatih sertai Kursus Belia Elit FIFA

29 jurulatih sertai Kursus Belia Elit FIFA

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Seramai 29 orang jurulatih tempatan hari ini dipilih untuk menyertai Kursus Kejurulatihan Belia Elit FIFA bermula hari ini sehingga 22 Mei 2015 nanti.

Hadir melancarkan kursus di Bangunan Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD), Jalan Pusat Persidangan ialah Jawatankuasa Eksekutif NFABD, Ah Chua bin Bangau selaku tetamu kehormat majlis.

Dalam ucapannya beliau berharap agar para peserta akan menggunakan masa yang telah diberikan untuk memperolehi pengetahuan daripada pakar jurulatih.

“Apa yang penting dalam menjalankan tugas sebagai seorang jurulatih ialah sikap lebih terbuka dalam menerima kaedah-kaedah baru semasa latihan dijalankan.

Jawatankuasa Eksekutif NFABD, Ah Chua bin Bangau semasa menyampaikan ucapan alu-aluan.
Jawatankuasa Eksekutif NFABD, Ah Chua bin Bangau semasa menyampaikan ucapan alu-aluan.
Jurulatih dari Kuwait, Ahmad Bader semasa menyampaikan ucapan beliau.
Jurulatih dari Kuwait, Ahmad Bader semasa menyampaikan ucapan beliau.
Antara jurulatih tempatan yang telah terpilih mengikuti kursus tersebut.
Antara jurulatih tempatan yang telah terpilih mengikuti kursus tersebut.
Peserta kursus bergambar ramai bersama Jawatankuasa Eksekutif NFABD.
Peserta kursus bergambar ramai bersama Jawatankuasa Eksekutif NFABD.

Di samping itu para jurulatih adalah berperanan untuk memikul tanggungjawab dengan lebih berdisiplin, komited dengan niat yang betul serta sikap yang jujur.”

Para jurulatih yang telah dilantik menyertai kursus ini merupakan mereka yang telah bekerjasama dengan NFABD dan terlibat dalam kejurulatihan belia di Negara Brunei Darussalam.

Kursus selama lima hari itu dikendalikan jurulatih dari Kuwait, Ahmad Bader di mana beliau akan memberikan pengajaran teori dan juga praktikal.

Ahmad Bader berharap agar kepentingan kursus ini nanti akan dapat membantu membentuk asas pasukan Bola Sepak Brunei untuk maju dengan cemerlang di masa hadapan.

Kursus ini merupakan salah satu latihan berterusan dalam perkembangan mereka dan kursus kejurulatihan ini akan dapat membolehkan para peserta meningkatkan pengetahuan mengenai latihan belia di peringkat elit di samping mengukuhkan Pasukan Kebangsaan Brunei pada masa yang akan datang.