29 kenderaan ditahan dalam Ops Sepadu

29 kenderaan ditahan dalam Ops Sepadu

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 3 Dis – Sebanyak 29 buah kenderaan dari dalam dan luar negara telah ditahan atas pelbagai kesalahan semasa Operasi Sepadu yang dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) bersama Pasukan Polis Diraja Brunei di Pos Kawalan Sungai Tujoh, lewat petang tadi.

Lima daripada kenderaan berkenaan ditahan atas kesalahan plat lesen kabur dan diarah untuk ikut kembali ke JPD, dua diarah untuk menanggalkan pelekat pada lampu kenderaan dan 22 buah kenderaan diarah untuk membuka pelekat warna hitam.

Pemangku Ketua Pegawai Penguat Kuasa JPD, Sheikh Mohd Yusri bin Sheikh Haji Abdul Kadir memberitahu operasi pemeriksaan sebegini akan dikendalikan sepanjang bulan ini bagi memastikan kenderaan-kende-raan tidak melanggar sebarang peraturan lalu lintas serta menyarankan para pengguna jalan raya supaya sentiasa memeriksa tahap tayar mereka dan juga aspek kenderaan yang lain agar selamat untuk dipandu.

Kenderaan-kenderaan yang melalui pemeriksaan JPD di pos kawalan Sungai Tujoh.
Kenderaan-kenderaan yang melalui pemeriksaan JPD di pos kawalan Sungai Tujoh.

Kebanyakan kenderaan yang melalui pos kawalan di sini terdiri daripada jenis kenderaan komersil hingga kenderaan berat dan semua kenderaan adalah tidak terkecuali daripada pemeriksaan sama ada dari dalam mahupun dari luar negara.

Selain di Pos Kawalan Sungai Tujoh, pemeriksaan yang sama juga diadakan di Pos Kawalan Kuala Lurah, Temburong dan Muara.

ARTIKEL YANG SAMA