29 mayat dipercayai pendatang ditemui

29 mayat dipercayai pendatang ditemui

TRIPOLI, 25 Okt (AFP) – Sebanyak 29 mayat yang dipercayai adalah pendatang telah ditemui di pantai sekitar bandar 160 kilometer (100 batu) timur Tripoli, menurut Persatuan Palang Merah.

“Penduduk tempatan memberitahu kami mengenai mayat yang dijumpai terdapat di pantai-pantai sekitar Zliten,” kata jurucakap Mohamed al-Misrati. “Kami menemui 25 mayat, kemudian menjumpai empat yang lain.”

Misrati tidak memberikan apa-apa maklumat lanjut tentang kewarganegaraan si mati, tetapi agensi berita rasmi Tripoli melaporkan bahawa mereka berasal dari Afrika.

Persatuan Palang Merah menjangkakan mendapatkan kembali beberapa lagi mayat hari ini, agensi akhbar itu memetik Misrati sebagai berkata.

Pandai-pantai sekitar 1,770 kilometer jauh dari Afrika Utara itu merupakan tempat yang dikenali sebagai tempat berkumpulnya para pendatang yang ingin menuju ke Eropah.

Destinasi yang paling popular adalah pulau Itali di Lampedusa, hampir 300 kilometer dari sini.

ARTIKEL YANG SAMA