29 militan terbunuh di Afganistan

29 militan terbunuh di Afganistan

KABUL, 13 Mei (Xinhua) – 29 militan terbunuh dalam operasi tentera yang dijalankan oleh pasukan keselamatan Afghanistan di 17 daripada 34 wilayah di negara itu dalam tempoh 24 jam lepas, menurut Kementerian Pertahanan Afghanistan hari ini.

Kira-kira 40 militan cedera dan lima suspek militan ditahan dalam serbuan itu, kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang menyediakan maklumat lanjut operasi harian mereka.

“Tentera Afghanistan melancarkan serbuan melalui kerjasama rapat dengan polis dan agensi perisikan negara. Kerjasama bersama turut merampas senjata dan peluru selain mengeluarkan beberapa periuk api yang ditanam baru-baru ini oleh kumpulan militan,” kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa pasukan keselamatan turut merampas dua kenderaan dan lapan motosikal.

Pasukan keselamatan Afghanistan telah meningkatkan operasi keselamatan mereka terhadap militan sejak awal April lalu selepas militan Taliban memulakan serangan musim bunga tahunan dan meningkatkan serangan di seluruh negara.

ARTIKEL YANG SAMA