29 Ogos sebutan semula kes 3 Bangladesh

29 Ogos sebutan semula kes 3 Bangladesh

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Mahkamah Majistret di sini, semalam, menangguhkan sebutan bagi tiga lelaki Bangladesh yang berdepan pertuduhan bersubahat dan mengurung seorang lelaki untuk tujuan memeras ugut wang.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Awang Badaruddin menetapkan kes untuk disebut semula pada 29 Ogos bagi membolehkan mahkamah mendapatkan jurubahasa untuk tertuduh.

Penangguhan kes tidak mendapat bantahan dari Timbalan Pendakwa Raya Ratno Eddy Sophian bin Haji Zaidi yang turut memohon kepada mahkamah untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Perantaraan.

pg06_150824_mahkamah logo2

Mohammad Rafiqul Islam, 24, berdepan pertuduhan mengurung Yeanus Ali Ahsan Ullah di Ladang Kerajaan Luahan Jerudong antara 16 dan 18 Ogos 2015 untuk tujuan memeras wang berjumlah $4,300.

Mohammad Ali Hossen, 27, dan Mohammad Shahin Sheikh, 23 pula didakwa bersubahat dengan Mohammad Rafiqul dengan mengurung mangsa pada 16 Ogos 2015 untuk tujuan yang sama.

Kesalahan yang dilakukan tertuduh membawa kepada hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga 10 tahun dan tiga sebatan.

ARTIKEL YANG SAMA