29 pemberontak maut dalam letupan sempadan Syria-Turki

29 pemberontak maut dalam letupan sempadan Syria-Turki

BEIRUT, 6 Okt – Kira-kira 29 pemberontak Syria terbunuh dalam satu letupan di sempadan seberang dengan Turki hari ini, kata Balai Cerap bagi Hak Asasi Kemanusiaan Syria.

Kumpulan pemantauan berpangkalan di Britain berkata ia adalah tidak jelas apakah punca letupan di penyeberangan Atme antara Turki dan wilayah Idlib utara Syria, menambah bahawa sekitar 20 orang telah cedera.

Kumpulan jihad Islamic State (IS), yang telah memerangi para pemberontak dan sekutu Turki mereka, berkata ‘askar khalifah’ telah meletupkan bom kereta ketika para pejuang pemberontak sedang menyeberang masuk ke Syria, lapor Kumpulan Perisikan SITE di AS.

Kenyataan IS mengatakan beberapa komander dari kumpulan pemberontak Islamis Ahrar al-Sham di antara yang terkorban.

Agensi berita Anatolia milik kerajaan Turki berkata letupan maut itu berlaku semasa ‘pertukaran pengawal’ kalangan pemberontak Syria di kawasan itu.

Para pejuang pemberontak telah disasarkan di sempadan itu sebelumnya. IS mendakwa bertanggungjawab bagi serangan berani mati pada pertengahan Ogos yang membunuh kira-kira 32 orang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA