29 penerbangan ditunda, pelancong terkandas

29 penerbangan ditunda, pelancong terkandas

SHARM EL SHEIKH, Mesir, 6 Nov (AFP) – Para pelancong daripada 29 penerbangan yang dijadualkan berlepas ke Britain dari peranginan Laut Merah Sharm el-Sheikh hari ini terkandas oleh masalah keselamatan yang lebih serius berikutan insiden terhadap pesawat Rusia yang lalu, pegawai rasmi Kerajaan Mesir berkata.

Sebilangan besar daripada mereka berkumpul di lapangan terbang itu dengan perasaan cemas menunggu pengumuman penerbangan balik mereka selepas Britain mengumumkan akan menggantungkan penerbangannya dari Sharm yang sepatutnya berlepas pada Rabu lalu.

“64 penerbangan telah dijadualkan berlepas daripada Sharm el-Sheikh hari ini, termasuk 29 penerbangan daripada syarikat-syarikat Britain untuk membawa pelancong balik selepas cuti mereka berakhir,” kata jurucakap Kementerian penerbangan awam Hossam Kamal dalam satu kenyataan. – afp

Syarikat penerbangan Belanda KLM juga hari ini telah menghentikan pemeriksaan bagasi dalam penerbangan awal dari Kaherah ke Amsterdam selepas Britain dan Amerika Syarikat berkata sebuah bom boleh menjatuhkan sebuah pesawat Rusia di Mesir.

Para pelancong yang terkandas di lapangan terbang peranginan Laut Merah Mesir Sharm El-Sheikh semalam selepas pengumuman penangguhan penerbangan. - AFP
Para pelancong yang terkandas di lapangan terbang peranginan Laut Merah Mesir Sharm El-Sheikh semalam selepas pengumuman penangguhan penerbangan. – AFP

Penumpang hanya dibenarkan menaiki pesawat KLM 554 dengan bagasi tangan, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa “berdasarkan maklumat kebangsaan dan antarabangsa dan daripada langkah berjaga-jaga KLM tidak akan membenarkan pendaftaran masuk bagasi.” Penerbangan itu tiba di Amsterdam pada 07:42 (0642 GMT).

Kebimbangan terhadap keselamatan penerbangan telah memuncak sejak pesawat Rusia terhempas sejurus berlepas dari resort Laut Merah Sharm el-Sheikh di semenanjung Sinai Sabtu lepas. Semua 224 orang, terutamanya pelancong Rusia, di atas kapal terbunuh. “KLM sedang memantau keadaan dengan teliti,” kata syarikat penerbangan Belanda dalam satu kenyataan.

ARTIKEL YANG SAMA