29 warga Filipina diselamatkan

29 warga Filipina diselamatkan

KUALA LUMPUR, 22 Jun (AFP) – Polis Malaysia telah menyelamatkan 29 warga Filipina yang telah diperdagangkan untuk bekerja di kelab-kelab malam, kata kedutaan Filipina di Kuala Lumpur hari ini.

Wanita-wanita berkenaan telah diselamatkan dari dua kelab malam di bandar Bintulu, Sarawak pada 9 Jun selepas kedutaan membawa laporan mengenai pemerdagangan wanita kepada polis Malaysia, menurut kenyataan daripada kedutaan.

Juga ditangkap semasa serbuan itu ialah tiga warga Filipina yang berkhidmat sebagai ejen dan penjaga wanita-wanita tersebut, ujarnya.

Tiada maklumat lanjut mengenai kes 29 wanita itu.

Namun ia mengatakan beberapa individu dan agensi-agensi dipercayai menawarkan kerja di Malaysia kepada orang awam yang masuk ke negara itu sebagai pelancong, menjanjikan dengan mengubah visa mereka kepada visa pekerja sebagai pertukaran bagi bayaran itu.

“Kedutaan menasihatkan warga Filipina untuk sentiasa berjaga-jaga dan tidak berurusan dengan individu atau agensi yang tidak berlesen, terutamanya dalam talian, kerana mereka akan terjebak dalam pemerdagangan manusia ini,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA