29 warga Jabatan Penjara derma darah

29 warga Jabatan Penjara derma darah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Nov – Seramai 29 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara, hari ini, menyertai kempen menderma darah yang diadakan di Dewan Bukit Pantai, Penjara Jerudong.

Kempen berkenaan adalah kerjasama di antara Jabatan Penjara dan Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Dalam kempen tersebut, Pegawai Perkhidmatan Makmal RIPAS turut mengatakan dua anggota jabatan itu iaitu Penolong Penguasa Penjara, Awang Salman bin Siggar dan Pegawai Penjara, Awang Mesry bin Haji Damit adalah antara penderma yang sering mengikuti kempen seperti ini.

pg10_151107_d

ARTIKEL YANG SAMA