2,900 penghijrah diselamatkan

2,900 penghijrah diselamatkan

ROM, 29 Jun (Agensi) – Kapal pengawal pantai Itali dan kapal daripada misi tentera laut pelbagai negara dan pertubuhan kemanusiaan menyelamatkan sekurang-kurangnya 2,900 penghijrah kelmarin daripada 21 bot yang dilancarkan oleh penyeludup dari pantai Libya,” kata pihak berkuasa.

Pengawal pantai berkata misi menyelamat dilancarkan oleh kapal tentera dari Itali, Sepanyol, Ireland, Britain serta sebuah bot yang dikendalikan oleh kakitangan kemanusiaan.

Kapal tentera laut Ireland Le Eithne terbabit dalam sekurang-kurangnya enam operasi semalam, menyelamatkan hampir 600 penghijrah daripada dingi getah yang memerlukan pertolongan di perairan barat laut Libya, menurut satu kenyataan tentera Ireland.

Kira-kira 100 penghijrah sedang dibawa ke pulau kecil Lampedusa, di luar Sicily. Pihak berkuasa sedang menimbang pelabuhan yang mana di selatan Itali yang mampu menerima penghijrah lain hari ini.

Penyeludup Libya cenderung menunggu laut tidak bergelora dan seterusnya melancarkan bot mereka, sama ada bot nelayan kayu atau dingi bermotor, apabila Mediterranean adalah lebih tenang.

Telefon satelit digunakan untuk meminta bantuan daripada pengawal pantai Itali, yang seterusnya meminta kapal tentera laut atau kapal kargo di kawasan itu datang untuk membantu penghijrah. Tahun ini telah melihat beribu-ribu penghijrah diselamatkan daripada bot.