3 ahli Baiduri Prestige bertuah

3 ahli Baiduri Prestige bertuah

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mac – Tiga orang ahli Baiduri Prestige, hari ini, membawa pulang hadiah-hadiah hebat yang terdiri daripada penginapan di hotel hingga baucar-baucar membeli-belah apabila dipilih sebagai pemenang promosi ‘Kickstart your Journey to Global Trading!’.

Hadiah utama berupa pakej penginapan tiga hari di The Empire Hotel & Country Club telah dimenangi oleh Chiam Dar Suenn, manakala itu, Lee Tek Lai menerima pakej penginapan dua hari di The Empire Hotel & Country Club selaku pemenang kedua dan di tempat ketiga, Ng Kim Hock @ Wong Kim Hock menerima baucar membeli-belah Supa Save bernilai $150.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan, Program-program dan Akaun Istimewa Bank Baiduri, Hajah Maripaz binti Abdullah. Turut hadir ialah Pengurus Besar Baiduri Capital, Peng Eng Soon dan kakitangan Bank Baiduri lain.

Menurut kenyataan Baiduri, promosi yang bermula dari 1 Disember hingga 31 Januari 2016 ini dibukakan kepada pelanggan yang membuka akaun perdagangan baru di Baiduri Capital dan melaksanakan perdagangan pertama mereka.

Pemenang-pemenang bergambar ramai bersama warga Bank Baiduri.
Pemenang-pemenang bergambar ramai bersama warga Bank Baiduri.

Hajah Maripaz dipetik sebagai berkata, perkembangan harta merupakan salah satu daripada prinsip program Prestige.

“Dengan penubuhan Baiduri Capital baru-baru ini, kami melihatnya sebagai peluang baik untuk memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan syarikat dan pada masa yang sama menjana minat dalam perdagangan sekuriti sebagai pilihan pelaburan dalam kalangan ahli Prestige,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu lagi, Baiduri Prestige merupakan program Bank Baiduri yang direka untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan dan tawaran-tawaran tersendiri.

Ia dibangunkan meliputi lima prinsip iaitu Personal Touch, Progression in Wealth, Privileges, Priority Recognition dan Platinum Status.

ARTIKEL YANG SAMA