3 angkasawan berlepas ke ISS

3 angkasawan berlepas ke ISS

BAIKONUR, Kazakhstan, 2 Sept (AFP) – Kapal angkasa Soyuz dengan tiga angkasawan sedang menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selepas dilancarkan pagi tadi. Mereka dijangka berlabuh di ISS dalam masa dua hari.

Kapal angkasa itu berlepas mengikut jadual dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan pada 0437 GMT, membawa angkasawan Russia, Sergei Volkov; angkasawan Kazakhstan, Aidyn Aimbetov; dan angkasawan Denmark, Andreas Mogensen.

“Kru berada dalam keadaan baik, semuanya di atas kapal angkasa itu adalah baik,” menurut Pusat Kawalan Misi di Baikonur.

Volkov akan tinggal di ISS selama 188 hari, sementara Aimbetov dan Mogensen akan kembali semula ke bumi minggu depan selepas 10 hari.

Kapal angkasa Soyuz berlepas ke ISS membawa tiga orang angkasawan. – Reuters
Kapal angkasa Soyuz berlepas ke ISS membawa tiga orang angkasawan. – Reuters

Mogensen merupakan angkasawan Denmark pertama memasuki ruang angkasa. “Ia merupakan satu penghormatan buat saya untuk mewakili Denmark sebagai seorang angkasawan,” Mogensen berkata bulan lepas.

Sementara, Aimbetov, yang menggantikan penyanyi Britain Sarah Brightman selepas dia mengundur diri dalam misi itu pada Jun lepas, merupakan angkasawan ketiga dari negaranya, yang menjadi tuan rumah Cosmodrome Rusia.

ARTIKEL YANG SAMA