3 angkasawan pulang ke bumi

3 angkasawan pulang ke bumi

ALMATY/CAPE CANAVERAL, 11 Dis (Reuters) – Tiga anggota kru Stesen Ruang Angkasa Antarabangsa (ISS) selamat mendarat di sebuah kawasan padang rumput luas yang bersalji di timur laut bandar Zhezkazgan, Kazakh hari ini, menurut penyiaran televisyen NASA.

Kapsul yang membawa astronaut NASA, Kjell Lindgren, kosmonaut Rusia dan Jepun iaitu Oleg Kononenko dan Kimiya Yui ditemui oleh kumpulan penyelamat dan mencari bersama empat buah helikopter yang meredah angin kuat dan berawan untuk tiba di tapak berkenaan.

Lindgren, Kononenko dan Yui telah berada di ruang orbit selama hampir lima bulan. Penggantian mereka akan berlepas dari Baikonur Cosmodrome Kazakhstan pada Selasa.

Tinggal di stesen bernilai AS$100 bilion itu adalah astronaut Amerika Syarikat dan komander Scott Kelly dan jurutera penerbangan Rusia, Mikhail Kornienko dan Sergey Volkov.

Kakitangan lapangan duduk di sebuah pesawat AN-26 bersedia untuk penerbangan dari Karaganda ke Dzhezkazgan (Zhezkazgan), Kazakhstan untuk mencari tiga kru angkasawan pada 11 Disember. – Reuters
Kakitangan lapangan duduk di sebuah pesawat AN-26 bersedia untuk penerbangan dari Karaganda ke Dzhezkazgan (Zhezkazgan), Kazakhstan untuk mencari tiga kru angkasawan pada 11 Disember. – Reuters

Kelly dan Kornienko berada pada bulan terakhir bagi misi setahun lamanya, tugasan paling lama di ruang angkasa sejak kru mula tinggal di stesen itu pada 2000. Mereka dijangka mendarat pada 1 Mac.

Enam kosmonaut Rusia sebelumnya menghabiskan lebih 300 hari di ruang udara stesen Mir Soviet yang sudah lagi wujud.

Penerbangan paling panjang berakhir hampir 438 hari.

Misi Kelly dan Kornienko setahun lamanya itu adalah suatu percubaan ketika stesen yang dikongsi sekitar 15 buah negara itu mula merancang bagi pelaksanaan misi paling lama untuk ke bulan, Mars dan destinasi lain melebihi ruang angkasa.