3 askar maut, kereta kebal terjunam ke sungai

3 askar maut, kereta kebal terjunam ke sungai

TAIPEI, 16 Ogos – Tiga askar terbunuh apabila kereta kebal tergelincir dan terjunam ke sebatang sungai semasa hujan lebat berikutan latihan tembak tahunan di selatan Taiwan, menurut para pegawai hari ini.

Kenderaan bersenjata CM11 membawa lima askar sedang pulang ke kem di selatan wilayah Pingtung sekitar 10:30 pagi (0230 GMT) selepas menyelesaikan ujian tembakan apabila ia tergelincir dari sebuah jambatan dan jatuh terbalik ke dalam sungai Wangsha, kata askar.

Pemandunya berjaya menyelamatkan diri dan mengalami cedera ringan namun empat yang lain terperangkap di dalam kenderaan itu dan tiada menunjukkan sebarang tanda bernyawa apabila mereka diselamatkan.

Pihak tentera pada awalnya mengatakan mereka semua terkorban namun kemudian mengubah jumlah kematian kepada tiga ketika seorang askar dapat diselamatkan selepas diberi rawatan kecemasan dan dipindahkan ke sebuah hospital tentera di kejiranan bandar Kaohsiung.

“Kami masih lagi menyiasat punca kemalangan itu,” kata Alfonso Yang, seorang jurucakap tentera.

Menurut askar berkenaan, pemandunya tidak dapat membuat pusingan ke kiri apabila kenderaan itu tidak berfungsi dan kemudian terjatuh ke dalam sungai. Presiden Tsai Ing-wen mengutus ucapan takziahnya dan menggesa pihak tentera mempercepatkan sia-satan mencari punca insiden itu, kata jurucakapnya.

Kemalangan itu berlaku hanya beberapa hari sebelum Tsai dijangka akan mempengerusikan latihan perang peluru hidup tahunan yang diberi nama ‘Han Kuang 32’ (Kebanggaan Han), juga di wilayah Pingtung minggu depan, latihan setiap tahun pulau tersebut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA