3 bulan penjara masuk tanpa kebenaran

3 bulan penjara masuk tanpa kebenaran

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mac – Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman tiga bulan penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana memasuki negara ini tanpa memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Karel Duly, 36, mengaku bersalah di hadapan Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli atas dakwaan melakukan kesalahan itu di Simpang Melayan Labi, Ulu Belait pada 11 Mac 2016 kira-kira jam 7:45 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, Penggal 17 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3)(a) daripada akta yang sama.

pg06_160322_mahkamah logo

Hukuman bagi kesalahan itu membawa penjara tidak kurang daripada tiga bulan dan tidak melebihi daripada dua tahun, dan tidak kurang daripada tiga kali sebatan.

Fakta kes menyebut, defendan ketika disoal siasat memberitahu dia kali pertama memasuki negara ini sekitar Februari 2016 melalui Junjongan Brunei dari Kampung Gadong, Limbang.

Tujuannya masuk ke negara ini ialah untuk mencari kayu cendana di hutan Brunei dan telah berada di hutan selama tiga minggu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hajah Atiyyah binti PD Haji Abas.

ARTIKEL YANG SAMA