3 didakwa eksport teknologi tentera ke Rusia

3 didakwa eksport teknologi tentera ke Rusia

NEW YORK, 7 Okt – Seorang lelaki New York City dan dua rakyat Rusia telah ditangkap dan didakwa selepas pihak berkuasa persekutuan berkata mereka terlibat dalam skim untuk mengeksport secara tidak sah teknologi canggih tentera yang digunakan dalam sistem pan-duan peluru berpandu ke Rusia.

Pihak berkuasa berkata Alexey Barysheff, Alexey Krutilin dan Dmitrii Karpenko, bersama yang lain, menggunakan dua syarikat hadapan berpangkalan di Brooklyn untuk membeli dan mengeksport secara tidak sah bahan elektronik sensitif tanpa lesen persekutuan mandatori. Mikroelektronik itu termasuk litar bersepadu dan konverter analog kepada digital, bersama bahan lain, yang para pegawai katakan adalah terkawal atas ‘sebab antikeganasan dan keselamatan negara’.

Pihak berkuasa berkata ketiga-tiganya juga memalsukan rekod untuk menyembunyikan di mana elektronik itu akan dihantar. – AFP